
Watch “SAM.” on YouTube
Watch “Alien attack.” on YouTube
Mata.
Memahami Tahap ‘Power’ dan ‘Silau’ Rabun Mata
Ramai antara kita mempunyai masalah rabun penglihatan, sama ada rabun dekat atau jauh yang memerlukan pemakaian cermin mata preskripsi bagi membetulkan penglihatan kita.
Semua yang rabun kebiasaannya akan menjalani pemeriksaan yang dilakukan oleh optometris bertauliah, yang akan menentukan jenis serta tahap rabun kita serta ‘power’ cermin mata yang kita gunakan.
Pernahkah anda terfikir apa sebenarnya power rabun yang kerap kita sebutkan itu?
Bagaimana membaca tahap kerabunan anda?
Selepas anda diperiksa, kebiasaannya anda akan diberitahu tentang ‘power’ rabun anda.
Anda akan diberikan sehelai kertas bertulis beberapa nombor, tetapi untuk kebanyakan orang kita hanya akan peduli dengan dua perkara saja – ‘power’ yakni tahap kerabunan kita dan ‘silau’ yakni tahap sensitiviti kita terhadap cahaya.
Lihat rajah di atas. OD dan OS itu sebenarnya mudah saja. OD bermakna ‘oculus dexter’ yang bermakna mata kanan sementara OS pula bermaksud ‘oculus sinister’ yang berlawanan, iaitu mata kiri. Jadi OD dan OS mewakili label mata kanan dan kiri.
‘Sphere’ atau singkatannya ‘SPH’ menunjukkan nilai tahap kerabunan anda. Jika angkanya positif, anda rabun jauh. Jika nilai SPH anda negatif, anda rabun dekat. Angka SPH ditulis dengan menggunakan unit ‘diopter’ di mana nilainya ditulis dengan angka +X.XX atau -X.XX.
Dalam bahasa saintifiknya, rabun jauh digelarkan hiperopia, rabun dekat pula myopia. Nilai SPH inilah yang selalu kita gelarkan ‘power’ mata kita.
Sementara CYL atau ‘cylinder’ pula mengukur tahap astigmatisme kita. Astigmatisme adalah kondisi di mana kornea seseorang mempunyai ketidak sempurnaan pada bentuknya, menyebabkan perubahan pada cara cahaya masuk atau dibiaskan kepada retina.
Apabila seseorang mempunyai astigma, cahaya tidak lagi boleh difokuskan pada kornea dengan betul menyebabkan kita nampak banyak bayang-bayang terhasil, khasnya apabila melibatkan cahaya atau pantulan cahaya.
Angka CYL be………………………………………..
https://helloworld-i4ln6sgakq-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRnc5bm5sOS5jbiUyRmE2VFhxM3JpN2hJaQ%3D%3D




